Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Al-Fatihah: Dr Lo’Lo’ Meninggal Dunia



KUALA LUMPUR -Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Datuk Mohamad Ghazali meninggal dunia akibat komplikasi kanser sebentar tadi.
Beliau dilaporkan meninggal dunia sekitar pukul 10.25 malam tadi di Hospital Selayang. Beliau berumur 54 tahun.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mengesahkan perkara itu ketika dihubungi pihak media.
Menurut beberapa maklumat yang diletakan dalam Facebook beliau, jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid al-Akram Kampung Dato Keramat.
Allahyarhamah Lo’Lo adalah anak perempuan bekas mufti Perak, Datuk Mohd Ghazali Abdullah.
Beliau sangat aktif dalam Dewan Muslimat PAS tetapi sejak 8 Mac 2008, banyak menumpukan perhatiannya kepasda Parlimen Tititwangsa, yang dimenanginya, dengan menewaskan calon Barisan Nasional, Aziz Jamaluddin Mohd Tahir dengan majoriti 1,972 undi.
Semenjak berita pemergian beliau diketahui, ucapan takziah dari perlbagai pihak memenuhi ‘wall’ Facebook beliau.

Catat Ulasan for "Al-Fatihah: Dr Lo’Lo’ Meninggal Dunia"