Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Windows 8



Microsoft telah mengumumkan generasi sistem operasi Windows baru yang dikenali sebagai Windows 8 buat masa ini. Nama sebenar Windows baru ini akan diketahui tidak lama lagi, mungkin pada bulan September pada persidangan Build Windows developer. Pihak Microsoft mengatakan Window 8 akalan dilancar samada tahun 2012 atau selepas itu. Window 8 akan memberi kelebihan jaringan kepada system-on-a-chip (SoC) and mobile ARM processors. Menurut Microsoft, Windows 8 mampu beroperasi pada semua platform samada menggunakan touch screen pada tablet atau menggunakan mouse pada desktop pc.

Perubahan yang agak drastik telah dilakukan keatas antaramuka Windows 8 dengan ciri-ciri seakan Windows Phone 7 (WP7) namun konsep rekaan antaramuka Windows 8 tidaklah begitu mengejutkan kerana sudah biasa dilihat pada Windows Media Center selain dari WP7.


Window 8 juga memberikan kelebihan visual dan kredit kepada hubungan aplikasi 3D video, AVC HD, H.264, MPEG2, MPEG4, MJPEG dan WMV. Namun dijangka Window 8 seperti biasa adalah pembaikan dari window sebelum ini iaitu window vista dan window 7. 

Ape pun kite tunggu dan lihat Windows 8 setelah pelancarannya nanti .

Catat Ulasan for "Windows 8"