Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Tutorial PS | Teknik Selective Colour Effect

15/1/2012

Assalamualaikum sume :)

Da lame tak buat tutorial. huhu . . . Hari ni saye nak kongsi salah satu teknik untuk mencantikkan gambar iaitu teknik selective colour . Selective colour tu bermaksud kita memilih sesuatu objek, dan hanya nak objek tu je yang diwarnai..cam mane ek nak bagi tau ni... ce tengok gambo kat bawah ni :


Da tengok kan? Hanya budak tu je yang ada warna. Yang lain hitam putih.

Tanpa membebel lebih berjela-jela, jom mulakan tutorial ni.


Step 1

Open file ( pergi ke FILE > OPEN . seterusnya pilih gambar yang nak diedit. )



Step 2


Klik 'Create new fill or adjustment layer' . Rujuk gambar di bawah (klik mengikut anak panah biru), Kemudian pilih 'Black & White' :




Kemudian pilih 'Black & White'




Dan gambar tersebut akan jadi seperti di bawah ni:



Step 3


Klik butang 'B' pada keyboard anda atau cari Brush Tool yang berada di tepi sebelah kiri. Anda boleh 'memberus' atau boleh dikatakan mewarna objek yang telah dipilih. Rujuk gambar dalam step 1. Dalam step 1, objek yang saya hendak warnakan ialah budak tu. Faham tak? Bagus kalau faham :)

Untuk memudahkan kerja mewarna objek yang da dipilih tu, zoom kan gambar tersebut. Tekan 'Z' pada keyboard PC anda atau cari 'Zoom Tool' di bar sebelah kiri.

Kalau nak besarkan saiz brush, right click pada gambar dan setkan 'master diameter'.






Step 4


Da puas hati dengan objek yang telah 'diberus' tu? Kalau da puas hati, korang save gambar tu.

Pergi ke File > Save for Web & Devices.  Ataupun klik Alt + Shift + Ctrl + S (ni shortcut nye)

Ni hasil yang saya dapat setelah siap. Tadaaaaaaaaaaaaaa . . .





Kalau tak faham, tanya yek . . . insyaAllah saya sedia menjawab.


Mudah kan? Apa lagi, cuba la... :)
Selamat mencuba ya.

Catat Ulasan for "Tutorial PS | Teknik Selective Colour Effect"