Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

SMS Kurang Ajar . . . kurang ajar sungguh !

gambar kredit kepada myMetro online


Tak patut betul. Memang tak patut. Sudah la meragut, sempat lagi hantar SMS dengan menggunakan telefon bimbit mangsanya. Haihhhh . . .

Ikuti berita selanjutnya . . .

ALOR SETAR: “Dia cuma berani di belakang, orang macam ini perlu diberi pengajaran,” kata Muhamad Hafiz Azizan, 23, suami mangsa ragut di Jalan Gelam-Jalan Datuk Kumbar, di sini, Jumaat lalu.

Muhamad Hafiz berkata, hatinya geram apabila menerima SMS dipercayai daripada peragut yang menggunakan telefon bimbit isteri yang berada di dalam beg diragut.

SMS berbunyi ‘Kami minta maaf, bukan niat kami benda nak jadi tak diduga, kami Mat Rempit tak diiktiraf tapi itulah salah dia (mangsa) sampai menggadai nyawa.’
Dia berharap, peragut terbabit ditangkap polis dan dihadapkan ke muka pengadilan.

SMS itu juga membuatkan, isterinya, Nuramiza Ezzanie Azmi, 21, semakin marah kerana peragut menyalahkan dirinya.

*********

‘Kami minta maaf, bukan niat kami benda nak jadi tak diduga, kami Mat Rempit tak diiktiraf tapi itulah salah dia (mangsa) sampai menggadai nyawa.’

 *Mat Rempit sekalian, kalau nak diiktiraf sila berlumba di litar ye. Da menang nanti, dapat la pengiktirafan.
   Salah kau la mat rempit, nak salahkan mangsa kau pulak.



Catat Ulasan for "SMS Kurang Ajar . . . kurang ajar sungguh !"