Kaifiat Solat Dhuha

23/7/2012
3 Ramadhan 1433H




Solat Dhuha adalah solat yang berkait rapat dengan rezeki sama ada dipermudahkan rezeki, rezeki yang diberkati, kemanfaatan rezeki dan pahala yang tinggi nilainya. Manakala di akhirat pula, Allah menyediakan pintu khusus baginya memasuki syurga.


Waktu yang sesuai untuk solat sunat Dhuha:

Waktu solat Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik. Masanya dalam pukul 7 pagi-1 tengahari.

Perlaksanaan:

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud:

“Adalah Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehendakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Bacaan surah yang digalakkan adalah seperti berikut:
Cara1Cara2Cara3
Rakaat 1Al-SyamsyAl DhuhaAl-Kursi 7X
Rakaat 2Al-LaiilAn NasrAl-Iklas 11X
Bacaan bagi sujud terakhir:(dibaca sebanyak 3 kali)

klik gambar untuk lebih besar


klik gambar untuk lebih besar




Nota tambahan:

Kepada mereka yang tidak menghafal surah-surah yang disarankan iaitu surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. Sebenarnya boleh kita baca apa-apa surah yang penting niat kita adalah IKHLAS untuk Allah SWT, bukan semata-mata harta dan rezeki yang banyak tetapi salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Dan doanya pun, kita boleh baca doa mana-mana yang berkaitan tetapi lebih afdal baca doa solat dhuha yang khusus. Doa itu sememangnya cukup baik dan sempurna untuk memohon keberkatan rezeki dari illahi.

Rujukan: halaqah


1 100 orang baik komen !!!: