Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kurma Ubati Mandul?

kurma, ramadhan, puasa,
Kurma (kredit gambar)

1. Tahukah anda bahawa orang yang memakan kurma setiap hari tidak akan didekati jin?

2. Percayakah anda bahawa ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita?

3. Tahukah anda bahawa makanan dan ubat paling penting bagi angkasawan adalah kurma?

4. Tahukah anda bahawa buah kurma lebih sihat daripada kaviar?

5. Tahukah anda bahawa sabut pokok kurma adalah pembersih yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit?

6. Tahukah anda bahawa apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih?

7. Tahukah anda bahawa setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori, setara dengan 315 kalori yang terkandung dalam setiap madu?

8. Tahukah anda bahawa sebutir kurma dapat membekalkan anda kalori yang cukup untuk aktiviti seharian dengan penuh semangat?

9. Tahukah anda bahawa makanan paling baik yang digunakan oleh askar perang adalah kurma, kerana kurma dengan kalori, menguatkannya dan menggiatkan kalenjar adrenal sehingga dia menjadi seorang yang berani dan tidak takut akan kematian?

10. Tahukah anda bahawa ada 1450 jenis kurma di seluruh dunia?

11. Tahukah anda bahawa ada sesetengah fakta yang dinyatakan di atas, saya sendiri pun baru tahu . . .

Nak sihat mudah je. Amalkan makan makanan berkhasiat, contohnya buah kurma ini yang memiliki 1001 kebaikan kepada manusia. Saya lebih mengutamakan makanan semula jadi sebagai pencegahan dan juga ubat. InsyaAllah ada manfaat yang kita akan peroleh.

Jadi sebarkanlah untuk kebaikan bersama dengan klik butang share di bawah ni ^_^